persiapan ramadhan
Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?
Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Apakah persiapan fizikal?
Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!
Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?
Persiapan yang kedua ialah akal.
Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!
Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.
Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!
Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.
Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.
Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.
Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
sumber: http://www.iluvislam.com
Wanita..
wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. susah dipetik susah digapai. terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta ilahi mengiringi hidup kita semua....
Manfaat Menangis

Setiap orang daripada kita pasti pernah menangis. Paling tidak pun kita akan menangis sebaik sejurus dilahirkan. Bahkan jika seseoraang bayi tidak menangis sebaik dilahirkan, maka doktor akan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan bayi tersebut. Oleh itu, doktor akan sedaya upaya akan membuatkan bayi tersebut untuk menangis. Manusia menangis bukanlah semata-mata kerana sedih, tetapi seseorang akan menangis kerana kebahagian, kegembiraan, penyesalan dan sebagainya.
Masyarakat secara umumnya menganggap menangis adalah tanda lemahnya emosi seseorang dan menunjukkan ia perbuatan kebudak-budakkan. Malah ia dianggap mengaibkan apabila pihak yang menangis itu adalah seorang lelaki. Justeru itu, lelaki lebih cenderung untuk memendam rasa dan menahan air mata daripada berguguran. Tetapi hakikat yang harus kita sedari adalah bahawa lelaki juga adalah makhluk yang mempunyai perasaan sedih, gembira, sayang, bahagia dan sebagainya. Oleh itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahan emosi tetapi ia merupakan fitrah manusia apabila menghadapi tekanan jiwa.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa menangis bukanlah sekadar mengeluarkan air mata semata-mata, tetapi menangis mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi terhadap tubuh badan. Menangis merupakan penawar yang sangat berkesan terhadap sebahagian penyakit yang berbahaya. Dengan menangis banyak penyakit mata dapat dicegah dan ketegangan jiwa dapat diredakan. Malah dalam perubatan, apabila seseorang menahan tangisannya di dalam keadaan yang mengharuskannya menangis, maka perbuatan sedemikian dianggap tidak elok.
Seorang pakar daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata, Dr. William Frey menjelaskan bahawa menangis adalah kaedah yang berkesan untuk membersihkan mata. Ia adalah jalan yang paling selamat untuk meredakan ketegangan jiwa. Dalam kajian beliau mendapati bahawa air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil dihasilkan yang boleh membahayakan tubuh badan.
Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis. Dengan ini, ia memberikan isyarat bahawa dengan menangis, ia dapat membebaskan tubuh badan daripada bahan kimia yang menyebabkan tekanan jiwa. Air mata yang keluar menjadi agen penyucian mata dan membuang kandungan racun yang terkumpul akibat ketegangan jiwa, urat saraf dan emosi. Menariknya racun-racun ini hanya dapat dibebaskan daripada tubuh badan hanya melalui tangisan
Antara kebaikkan yang diperoleh melalui tangisan antaranya:-
*Menangis dapat menyingkirkan zat-zat berbahaya daripada tubuh badan yang dihasilkan sewaktu dalam ketakutan.
*Tangisan menyebabkan degupan jantung meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang baik kepada rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis kadar degupan jantung menurun dan ia menghasilkan satu perasaan yang aman dan tenteram.
*Arthur Frannk, seorang ilmuan di Amerika Syarikat berkata,"Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan".
*Secara fitrahnya, perempuan lebih kerap menangis berbanding lelaki. Oleh sebab itu, secara umumnya perempuan mempunyai umur yang lebih panjang daripada lelaki kerana secara relatifnya perempuan mengeluarkan lebih banyak racun daripada tubuh mereka.
*Saintis dan pakar mata berpandangan terdapat sebahagian peratusan tertentu bahan beracun dalam tubuh badan manusia hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang kerap menangis lebih bebas daripada racun tersebut.
*Kajian mendapati air mata mengandungi 25% protien dan salah satu daripada juzuknya adalah unsur Magnesium. Magnesium adalah unsur yang tidak seimbang dan ia boleh bertindak sebagai racun kepada tubuh badan. Unsur Magnesium ini hanya dapat disingkirkan melalui tangisan.
Akhir sekali, tangisan merupakan salah satu medium untuk menguatkan jiwa. Orang yang selalu merintih dan menangis dalam urusan akhirat selalunya mempunyai ketahanan jiwa yang unggul dan kental. Mereka sentiasa kelihatan tenang dan wajah mereka bercahaya dan dapat meredupkan mata yang memandang. Justeru itu, sebaik-baik tangisan adalah menangis kerana Tuhan. Menangislah di atas keterlanjuran maksiat yang dilakukan. Itulah tangisan yang paling bermakna dalam pandangan-Nya.
"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".
(Isra',17:109)
"Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda (yang bermaksud),"Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah". (Riwayat Al-Hakim)
Subscribe to:
Posts (Atom)












