RSS

الإيثار بالقرب مكروه وفى غيرها محبوب




الإيثار بالقرب مكروه وفى غيرها محبوب
Maksudnya :
“Mengutamakan orang lain di dalam ibadah dimakruhkan sedangkan selain ibadah disukai.” (al-Suyuthi, TT : 80) 

Kaedah tersebut disimpulkan dari firman Allah SWT :
Dalam Surah Al-Hasyr, ayat 9, yang bermaksud :
“....dan mereka (sahabat ansar) juga mengutamakan orang-orang (muhajirin) yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat)…”. (Surah Al-Hasyr : 9)
 dan
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 148, yang bermaksud :
“..maka berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan….” (Surah Al-Baqarah : 148)

Menurut al-Syaikh ‘Izzuddin ibn “Abd al-Salam tidak ada “ ايثار " iaitu mengutamakan orang lain dalam perkara Taqarrub Illallah, maka tidak ada diberi keutamaan kepada orang lain tentang air suci untuk berwudhu’ , kain untuk menutup aurat, dan duduk di hadapan barisan untuk solat. Sebab tujuan ibadah adalah untuk membesarkan Allah SWT.. Sesiapa yang mengutamakan orang lain dalam perkara-perkara tersebut, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan tujuan membesar dan memuliakan Allah.
Kata al-Syaikh Abu Muhammad di dalam kitab “al-furuq” seseorang yang telah masuk waktu solat yang hanya mempunyai air sedikit, cukup untuk dirinya sahaja, walhal ada seseorang yang lain, yang juga memerlukannya, maka tidak boleh dia mengutamakan orang lain tersebut.
Seseorang yang ditimpa darurat kebuluran hendak mengutamakan orang lain tentang makanan untuk memelihara nyawanya, bolehlah dia berbuat demikian walaupun dia takut kehilangan nyawanya sendiri. Masalah ini berbeza dengan yang di atas, iaitu hak air suci untuk beruwdhu’ tertentu bagi Allah (taqarrub llallah), maka tidak sesuai mengutamakan orang lain, sebaliknya hak di masa berlaku kebuluran adalah hak bagi dirinya sendiri. Walhal telah diketahui bahawa kedua-duanya hampir binasa, Cuma satu-satunya sahaja boleh diselamatkan, iaitu dengan makanan itu. Menurut perinsip pengorbanan baiklah diutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

Rujukan: Qawaid Fiqhiyyah (Mohd Said Ishak), dan Kaedah-kaedah hukum Islam, Mazhab Syafi'i (Imam Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuthi)

 

p/s : ini adalah salah satu kaedah dalam Qawaid Fiqhiyyah yang merupakan kaedah yang ke-3 dalam Ghair Asasiyyah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...