Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda:
Allah S.W.T telah berfirman:
إِذَا ذَكَرَنِيْ عَبْدِيْ خَالِيًا ذَكَرْتُهُ خَالِيًا وَإِذَا ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلَأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلَأٍ خَيْرٍ مِنَ المَلَأِ الَّذِي ذَكَرَنِيْ فِيْهِ.
(رواه الطبراني عن ابن عباس)
Huraiannya:
- - Mengingati Allah dengan berzikir, iaitu dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar), bertahlil (Laa Ilaaha Illallah), ataupun sebagainya dengan zikir-zikir lain.
- - Hadis Qudsi ini menganjurkan kaum muslimin supaya sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan secara terang-terangan. Setiap kita mengingati Allah, setiap itulah kita mengingati diri kita. Allah sebagai pencipta, dan kita sebagi hamba-Nya. Allah yang telah mengurniakan rezeki kepada kita, maka wajiblah kita pula sebagai hamba yang menerima kurnia itu mengucap syukur kepada-Nya.
Sumber: Hadis Qudsi, Zainuddin Abdul Rauf Alhaddadi Al-Munawi
0 comments:
Post a Comment