بسم الله الرحمن الرحيم
Baru-baru ini telah di'upload'kan satu video sembang rakyat dalam Youtube tentang hukum hudud. Daripada video yang di'upload' itu jelas, masyarakat masih tidak faham tentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah itu.
Adakah mereka yang terlibat ini sedar bahawa, mempersendakan hukum Allah ibarat menolak hukum Allah. Boleh terbatal akidah jika menolak hukum Allah. Na'u zubillahi min zalik..
Oleh sebab itulah, Islam menyuruh bertanyakan kepada orang yang ahli dalam bidangnya (ahli agama) tentang sesuatu yang kita tidak tahu. Bukan cuba memahami sendiri atau bertanyakan orang yang bukan ahlinya. Iaitu orang yang sama-sama jahil sepertinya. semoga mereka yang terlibat dalam video ini yang telah mempersendakan hukum Allah, bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat seperti Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 222.
Maksudnya: "...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri "..
wallahu a'lam.
video rakyat yang tidak faham tentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
video pencerahan kepada masyarakat yang masih kabur dan tidak faham tentang hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran
0 comments:
Post a Comment