RSS

..::SuRaT BuaT SaHaBaT::..

السلام عليكم ورحوة الله وبركاته


Sahabat, setelah 4 tahun bersama..mengharungi onak dan duri dalam perjuangan di alam kampus..kini tibalah jua perpisahan kita untuk sama-sama menempuh medan perjuangan yang sebenar..semoga sahabat-sahabatku terus tabah dalam mengharungi perjuangan ini..



Teringat kata-kata seorang sahabat 'jika sahabat-sahabat merasa lemah, carilah sahabat-sahabat yang kuat untuk mendapat kembali kekuatan dalam perjuangan'..jangan mudah berputus asa sahabat..sesungguhnya medan sebenar menuntut lebih banyak pengorbanan..juga memerlukan kecekalan hati dalam mengharunginya..



Sesungguhnya kekuatan dari Allah, keluarga dan sahabat-sahabat amat kita dambakan untuk terus, terus dan terus istiqamah dalam perjuangan ini..jangan mudah mengaku kalah duhai sahabatku..jika dikau perlukan ku sebagai sahabatmu, berpalinglah seketika ke belakang, sahabatmu ini sentiasa bersamamu..


Ingatlah kenangan-kenangan semasa kita masih bersama mengharungi dugaan di medan tarbiyah kampus..sesungguhnya diri ini kuat kerana adanya dikau sahabat-sahabatku disisiku..kita sama-sama saling memberi semangat..walaupun dirimu diuji dengan kehilangan semangat, namun dirimu sahabat tidak menunjukkan akan kehilangan semangatmu, malah memberi semangat kepada diriku..


Dikau amat istimewa sahabat-sahabatku..semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga..ameen..(^_^)



~istimewa buatmu sahabat-sahabatku..uhibbukum lillah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Faqirnya Aku::..



Faqirnya Aku

Album : Kalimah Warisan
Munsyid : Are Buddy
http://liriknasyid.com


Ya Allah aku hamba yang maha faqir
Sentiasa mengharap akan kekayaanmu
Aku hamba yang maha lemah
Sentiasa mengharap kepada bantuanmu

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padamu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu
Bagaimana ingin jelaskan segala urusanku
Sedangkan segala-galanya dariMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa
Segala pujian hanyalah untukMu
Rahmatilah diriku ini

Oh Tuhanku alangkah dekatnya Engkau kepadaku
Tetapi jauhnya aku daripadaMU
Oh Tuhanku alangkah kasihnya Engkau kepadaku
Tetapi sering kulupa segala kurniaanMu

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlidung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
Hanyamu tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih...


**Ahli kumpulan are-buddy merupakan bekas pelajar Maahad Amir Indra Petra (MAIP)..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Rumput Di Dalam Al-Quran::..




وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَى رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ

"Dan telah Kami jadikan (Isa) putra Maryam beserta ibunya suatu bukti yang nyata bagi (kekuasaan Kami), dan Kami melindungi mereka di suatu tanah tinggi yang datar yang banyak terdapat padang-padang rumput dan sumber-sumber air bersih yang mengalir"
(Surah Al-Mukminun 23: Ayat ke 50)

Sumber: iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Ingat Allah~






Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda:
Allah S.W.T telah berfirman:


إِذَا ذَكَرَنِيْ عَبْدِيْ خَالِيًا ذَكَرْتُهُ خَالِيًا وَإِذَا ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلَأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلَأٍ خَيْرٍ مِنَ المَلَأِ الَّذِي ذَكَرَنِيْ فِيْهِ.
                                             
 (رواه الطبراني عن ابن عباس)


Huraiannya:

-   Mengingati Allah dengan berzikir, iaitu dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar), bertahlil (Laa Ilaaha Illallah), ataupun sebagainya dengan zikir-zikir lain.

-   Hadis Qudsi ini menganjurkan kaum muslimin supaya sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan secara terang-terangan. Setiap kita mengingati Allah, setiap itulah kita mengingati diri kita. Allah sebagai pencipta, dan kita sebagi hamba-Nya. Allah yang telah mengurniakan rezeki kepada kita, maka wajiblah kita pula sebagai hamba yang menerima kurnia itu mengucap syukur kepada-Nya.





Sumber: Hadis Qudsi, Zainuddin Abdul Rauf Alhaddadi Al-Munawi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...