RSS

..::Faqirnya Aku::..



Faqirnya Aku

Album : Kalimah Warisan
Munsyid : Are Buddy
http://liriknasyid.com


Ya Allah aku hamba yang maha faqir
Sentiasa mengharap akan kekayaanmu
Aku hamba yang maha lemah
Sentiasa mengharap kepada bantuanmu

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padamu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu
Bagaimana ingin jelaskan segala urusanku
Sedangkan segala-galanya dariMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa
Segala pujian hanyalah untukMu
Rahmatilah diriku ini

Oh Tuhanku alangkah dekatnya Engkau kepadaku
Tetapi jauhnya aku daripadaMU
Oh Tuhanku alangkah kasihnya Engkau kepadaku
Tetapi sering kulupa segala kurniaanMu

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlidung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
Hanyamu tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih...


**Ahli kumpulan are-buddy merupakan bekas pelajar Maahad Amir Indra Petra (MAIP)..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Rumput Di Dalam Al-Quran::..




وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَى رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ

"Dan telah Kami jadikan (Isa) putra Maryam beserta ibunya suatu bukti yang nyata bagi (kekuasaan Kami), dan Kami melindungi mereka di suatu tanah tinggi yang datar yang banyak terdapat padang-padang rumput dan sumber-sumber air bersih yang mengalir"
(Surah Al-Mukminun 23: Ayat ke 50)

Sumber: iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Ingat Allah~






Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda:
Allah S.W.T telah berfirman:


إِذَا ذَكَرَنِيْ عَبْدِيْ خَالِيًا ذَكَرْتُهُ خَالِيًا وَإِذَا ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلَأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلَأٍ خَيْرٍ مِنَ المَلَأِ الَّذِي ذَكَرَنِيْ فِيْهِ.
                                             
 (رواه الطبراني عن ابن عباس)


Huraiannya:

-   - Mengingati Allah dengan berzikir, iaitu dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar), bertahlil (Laa Ilaaha Illallah), ataupun sebagainya dengan zikir-zikir lain.

-   - Hadis Qudsi ini menganjurkan kaum muslimin supaya sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan secara terang-terangan. Setiap kita mengingati Allah, setiap itulah kita mengingati diri kita. Allah sebagai pencipta, dan kita sebagi hamba-Nya. Allah yang telah mengurniakan rezeki kepada kita, maka wajiblah kita pula sebagai hamba yang menerima kurnia itu mengucap syukur kepada-Nya.





Sumber: Hadis Qudsi, Zainuddin Abdul Rauf Alhaddadi Al-Munawi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.::Radiasi Naik 10 Kali Ganda, Air Tercemar Berisiko Sebabkan Barah::.







Sendai: Paras radiasi di perairan berhampiran loji nuklear Fukushima yang dilanda tsunami melonjak 10 kali ganda dalam tempoh beberapa hari.

Ketika petugas loji itu bergelut untuk menstabilkan stesen jana kuasa itu, tahap radiasi kini menjadi ancaman kepada orang awam.

Pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama, berkata seseorang yang meminum 500 mililiter air tercemar berdepan risiko barah.

Katanya, pengambilan air dalam jumlah itu menyamai kadar pendedahan dibenarkan untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun, Nishiyama menolak kemungkinan kesan terhadap hidupan air dapat dilihat dalam tempoh segera.

Ketika ini, paras iodin 131 di Lautan Pasifik berhampiran Fukushima adalah 1,250 kali ganda daripada tahap dibenarkan.

“Secara umumnya, bahan radioaktif yang dibebaskan ke laut akan merebak mengikut arus dan perlukan lebih banyak rumpai laut dan hidupan lain untuk menyerapnya,” katanya mengulas hasil ujian dikeluarkan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (Tepco), semalam.

Selain iodin, bahan cemar lain yang dikesan Tepco adalah caesium yang mampu bertahan selama 30 tahun.

Bahan itu didapati 79.6 kali ganda lebih tinggi daripada tahap dibenarkan.


Jepun mengalami gempa bumi sekuat 9 magnitud pada 11 Mac lalu, sebelum diikuti tsunami yang melanda pantai timur laut negara itu.

Setakat ini, jumlah korban rasmi dikeluarkan kerajaan meningkat kepada 10,151 dan tidak banyak harapan dapat dipertaruhkan bagi mengesan 17,053 mangsa lain yang masih hilang.

Paras radioaktif iodin, caesium and kobalt di perairan berhampiran reaktor satu dan tiga loji berkenaan terus membimbangkan apabila didapati 10,000 kali ganda lebih tinggi berbanding situasi biasa. - AFP


Radiasi semakin banyak dilepaskan

Lebih ramai penduduk Fukushima pindah

TOKYO: Paras radioaktif di perairan berhampiran loji nuklear Daiichi, Fukushima semakin meningkat semalam, dua minggu selepas ia mengalami kebocoran akibat gempa bumi 9 skala Richter disusuli ombak tsunami.

Seramai 700 jurutera bertungkus-lumus mengepam air radioaktif dari loji yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, bagi menstabilkannya selain menggerakkan semula pam air bagi menyejukkannya.

Ada pihak mengesyaki reaktor itu bocor selepas tentera Amerika Syarikat turut membantu usaha menyejukkannya.

Agensi keselamatan nuklear berkata, ujian menunjukkan tahap iodin radioaktif melonjak ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding kadar normal di sekitar kawasan perairan di loji berkenaan.

Perkembangan terbaru di loji dan radiasi itu menyebabkan pihak berkuasa kini menggerakkan operasi memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear berkenaan.

Selain itu, di Tokyo, bandar 13 juta penduduk, mencatat tahap radiasi 0.22 mikrosievert sejam, enam kali ganda paras normal.

Ia masih dalam kategori normal Persatuan Nuklear Dunia iaitu 0.17 hingga 0.39 mikrosievert sejam.

Tetapi, seorang pegawai di Kementerian Sains mengesahkan bahawa tahap radiasi harian di kawasan 30 kilometer ke barat laut loji berkenaan, paras melebihi had setahun.

Begitupun, pegawai kanan dari Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun, Hideko Nishiyama berkata, pencemaran yang berlaku memberi risiko kecil kepada kehidupan laut.

“Arus lautan akan memecahkan zarah radioaktif dan menjadi sangat cair ketika dimakan oleh ikan atau hidupan laut lain,” katanya.

Nishiyama berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan untuk menulenkan air di kawasan laut di situ agar tidak menjejaskan alam sekitar.

Air mengandungi sisa radioaktif ditemui di dalam bangunan yang menempatkan tiga daripada enam reaktor yang terjejas di loji berkenaan.

Khamis lalu, tiga pekerja melecur di reaktor nombor 3 selepas terdedah kepada paras radiasi 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal di loji terbabit.

Reaktor ini adalah satu-satunya menggunakan campuran plutonium dan uranium. Plutonium adalah isotop radioaktif paling bahaya.

Tidak hairanlah, di sebalik jaminan pihak berkuasa, perkembangan terbaru meningkatkan kebimbangan ke atas eksport makanan laut Jepun.


Krisis nuklear di loji Daiichi Fukushima, kini membayangi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu dan menyebabkan lebih 27,500 orang terbunuh atau hilang.

Ada negara sudah mengeluarkan larangan ke atas susu dan keluaran hasil pertanian dari wilayah di sekitar loji itu. – Reuters/Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...